Connect with us

Oh! Media

Rumah Mewah Konsep Minangkabau Bukan Milik Tok Mat

Oh! Negara

Rumah Mewah Konsep Minangkabau Bukan Milik Tok Mat

Bagi menghadapi saat-saat akhir proses PRK DUN Rantau, pastinya pihak lawan akan mencari segala sumber bagi menjatuhkan lawannya. Terbaru tersebar gambar yang menunjukkan sebuah rumah mewah berkonsepkan Minangkabau yang dikatakan milik calon Datuk Seri Mohamad Hasan.

Namun, hari ini Tok Mat menjawab bahawa rumah mewah terbabit bukanlah miliknya dan meminta agar pihak yang terbabit untuk memeriksa dengan teliti pemilik sebenar rumah itu.


IKLAN

“Periksalah sama ada itu rumah saya atau tidak. Itu cara mereka burukkan saya dari dulu lagi, saya takkan terganggu.

“Saya juga tidak berhasrat meminta pihak terbabit kemukakan sebarang bukti,” katanya.

Tok Mat sebelum ini telah mengatakan bahawa beliau terlupa membeli rumah di Seremban walaupun telah lama berkhidmat di negeri ini walaupun memiliki rumah di London pada nilai RM10 juta.

Tok Mat turut mengakui tidak terjejas dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya di saat akhir proses berkempen.

“Saya yakin ini bukan satu masalah sebab orang tahu apa yang berlaku dan terpulang. Saya yakin orang dapat bezakan mana yang betul dan tidak,” katanya

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas