Connect with us

Oh! Media

Rohingya Bukan Warga Bangladesh, Tolak 269 PATI Dari Malaysia

ohmedia bangladesh tolak rohingya dari malaysiapng

Oh! Negara

Rohingya Bukan Warga Bangladesh, Tolak 269 PATI Dari Malaysia

Ditolak dan dihalau dari negara sendiri, kini mereka tidak tahu mahu ke mana untuk teruskan kehidupan. Inilah situasi yang berlaku kepada bangsa Rohingnya pada ketika ini di mana Malaysia juga sudah tidak boleh menerima lebih ramai pelarian dari bangsa itu.

Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan satu artikel berkaitan sebuah bot yang sengaja dibocorkan pelarian Rohingya dan kini seramai 269 PATI terpaksa ditahan di Malaysia.

Malaysia bagaimanapun sudah mencuba untuk menghantar 269 PATI ini kembali ke kem pelarian mereka di daerah tenggara Bangladesh, tetapi permohonan Malaysia ditolak Bangladesh.

IKLAN

Alasan penolakan ini adalah kerana Rohingnya bukanlah warga Bangladesh kata Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen.

Rohingya bukan warga Bangladesh. Mereka adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad. Negara-negara lain dialu-alukan untuk membawa mereka. Daripada meminta kita memberi perlindungan, kita akan mengalu-alukan kepemimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohingya yang dianiaya yang kini terlindung sementara di Banglades. – Katanya.

Untuk pengetahuan korang, Bangladesh telah menerima lebih 1 juta pelarian dari Myanmar ini dan memberikan mereka perlindungan sementara.

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Rohingya di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas