Connect with us

Oh! Media

RM3 Juta Untuk Bantu Peniaga Kecil & Penjaja

Ohmedia2bpeniaga2bkecil2bterima2bbantuan2b32bjutapng

Oh! Negara

RM3 Juta Untuk Bantu Peniaga Kecil & Penjaja

Semua sedia maklum yang kebanyakan premis terpaksa ditutup selepas kerajaan telah memutuskan untuk melakukan Perintah Kawalan Pegerakan yang berkuatkuasa di seluruh negeri. Akibat dari arahan ini, Ohmedia melihat yang peniaga-peniaga terutama buat mereka yang membuka perniagaan kecil-kecilan pasti merasakan kesannya.

Bagaimanapun, Zakat Pulau Pinang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membantu peniaga kecil dan penjaja dari kalangan asnaf fakir dan miskin yang kini hilang sumber pencarian.

Ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang menjelaskan bantuan khas ini pasti akan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

IKLAN

Peniaga pakaian (bukan butik) dan barang keperluan dapur serta tukang gunting rambut kecilan turut layak menerima bantuan ini. Namun, peniaga pasar basah dan pasar pagi tidak termasuk untuk skim bantuan ini. Mereka boleh membuat permohonan ini secara atas talian melalui laman web ZPP iaitu www.zakatpenang.com dan perlu mengemukakan semua dokumen yang diperlukan. Katanya kepada pemberita.

Jadi siapa yang layak? Peniaga ini mestilah melakukan perniagaan sepenuh masa dan mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan dan mempunyai simpanan tidak melebihi RM5,000. Jika layak, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca peniaga terima bantuan di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas