Connect with us

Oh! Media

Ribuan Jemaah dan Rakyat New Zealand Berhimpun

Umum

Ribuan Jemaah dan Rakyat New Zealand Berhimpun

Ribuan jemaah berhimpun di bandar hari ini, bagi menunaikan solat Jumaat seminggu selepas insiden tembakan rambang oleh pelampau kulit putih yang membunuh 50 jemaah di dua masjid di Christchurch.

ADVERTISEMENT

New Zealand turut menyiarkan laungan azan dan bertafakur sejenak, serentak selama dua minit di seluruh negara.

Tatkala azan disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand, Perdana Menteri Jacinda Ardern turut sama bertafakur di taman yang terletak berhadapan masjid, lokasi bermulanya serangan berdarah Jumaat lalu bersama-sama lebih 4.5 juta rakyat New Zealand lain.

Tepat jam 1.30 petang laungan azan solat jumaat berkumandang sambil didengari ribuan jemaah di Taman Hagley yang terletak berhadapan masjid Al Noor.

Seluruh negara kemudian bertafakur selama dua minit, menyaksikan orang awam berhimpun di Auckland, Wellington dan beberapa bandar lain.

Imam masjid Al Noor, Gamal Fouda dalam bacaan khutbahnya menolak rasa kebencian namun memuji semangat kekitaan yang wujud di kalangan warga New Zealand susulan pembunuhan kejam itu.

Berita Penuh: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas