Connect with us

Oh! Media

Ribuan Ikan Keli Bergelimpangan Di Atas Jalan

Umum

Ribuan Ikan Keli Bergelimpangan Di Atas Jalan

Kejadian yang berlaku di Zon Pembangunan Kaili di Daerah Guizhou ini mengakibatkan lebih 6,800 Kilogram ikan Keli jatuh bergelimpangan di atas jalanraya berpunca dari pagar sebuah lori yang membawa muatan Ikan Keli ini tidak ditutup dengan sempurna sehingga menyebabkan ianya terbuka di tengah jalanraya.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, semua ikan-ikan tersebut telah diselamatkan oleh orang ramai dengan menyembur air dan memuatkannya semula ke dalam lori. Terima kasih kerana pekerja yang berada berhampiran kawasan tersebut kerana tanpa berlengah terus menarik hos air dan menyiram ikan-ikan agar semua ikan tersebut tidak mati dengan sia-sia.

Menurut satu laporan dari NetEase, anggota penyelamat mereka telah dikejarkan ke tempat kejadian dan dengan bantuan orang ramai semua ikan tersebut berjaya dimuatkan kembali ke dalam lori tersebut satu-persatu dengan menggunakan baldi.

Selepas dua jam mereka bermandi peluh, barulah lori tersebut dapat meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa semuanya disebabkan inisiatif orang tempatan di situ yang menyiram air dan menyelamatkan ikan tersebut dengan baldi.

Apapun amatlah mengejutkan kerana tiada seekor ikan pun yang dibawa pulang ke rumah menggunakan baldi! Kalau kat Malaysia biasanya kalau berlaku kejadian macam ni, diorang akan kata itu namanya “rezeki depan mata jangan ditolak!”. Habislah semua berebut-rebut bawa balik rumah buat Pecel Lele. Hehe!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas