Connect with us

Oh! Media

Ramai Tak Tahu Huawei Ada Keluarkan Tablet Jauh Lebih Baik Dari iPad Pada Harga RM999 Sahaja. Serious Weh!

Branded

Ramai Tak Tahu Huawei Ada Keluarkan Tablet Jauh Lebih Baik Dari iPad Pada Harga RM999 Sahaja. Serious Weh!

Kalau bercerita pasal tablet, biasanya apa yang menjadi sebutan orang adalah iPad. Memang ramai yang memasang impian untuk memiliki iPad tapi terpaksa lupakan kerana harganya yang tersangat mahal tu. Sebenarnya memang sayang la kalau kita tak ambil tahu pasal perkembangan teknologi ni sebab memang banyak tablet yang jauh lebih bagus dari iPad sekarang ni kat luar sana.



Antaranya keluaran syarikat gergasi dunia, Huawei melalui MediaPad M3 Lite mereka yang hanya dijual pada harga RM999 sahaja kepada pasaran. Kalau tengok harga tu memang jauh sangat beza dengan iPad atau mana-mana tablet overprice lain. Tapi timbul kerisauan tentang kualiti sebuah tablet berharga bawah RM1,000 ni.

Cuba kita tengok apa spesifikasi Huawei MediaPad M3 Lite ni. Adakah ianya berbaloi ataupun tidak dengan RM999 yang anda keluarkan?


1. DESIGN

Berketebalan cuma 7.5mm dan beratnya pula cuma 310g. Mempamerkan rekaan yang premium dan datang dengan 2 warna premium iaitu Gold melengkapi gaya penampilan mewah dan juga Space Gray untuk mereka yang berimej seorang ahli korporat berjaya. Cewah! Hehe. Ohmedia tak tahu kenapa warna putih tak masuk tapi 2 warna yang ada tu pun jauh lebih menarik.

2. SKRIN

Bagi Ohmedia skrin ni memang penting la sebab tablet ni skrin dia besar so kalau skrin tak best, pengalaman korang menggunakan dia tu pun jadi tak best. So Huawei MediaPad M3 Lite ni pakai skrin yang ok ke tidak agaknya? Jangan terkejut kerana skrin bersaiz 8-inci pada tablet ini dilengkapi dengan paparan FHD+ IPS pada resolusi sebesar 1920 x 1200 piksel. Paparan yang sangat tajam dengan warna yang vivid tak mungkin membuatkan mata korang jemu memandang. Hari-hari jatuh cinta pandang pertama. Percayalah! Haha.

Kalau nak bagi anak main pun jangan risau sebab MediaPad M3 Lite ni tak akan rabunkan mata mereka. Ini kerana paparannya lengkap dengan teknologi ClariVu yang membantu memberi perlindungan mata dan membuatkan bacaan lebih mudah.

3. SPEAKER

Biasanya orang akan pakai tablet ni untuk layan movie kat Youtube atau Netflix. Kalau bukan tu akan gunakan untuk main game. Pendek kata speaker yang best pada tablet ni sangatlah penting. Jangan risau sebab Huawei MediaPad M3 Lite ni disertakan dengan dual-stereo speaker dengan cip dual smart pc.

Ini sekaligus dapat menghasilkan bunyi yang best ditambah lagi dengan adanya features Super Wide Sound (SWS 3.0). Jangan tak tahu audio pada Huawei MediaPad M3 Lite ni dah di’tuned baik punya oleh HARMAN KARDON.

4. BATERI, WiFi & SAMBUNGAN LAIN

“Harga macam tu mesti internet tak kuat kan?” Mungkin itulah yang korang fikir dalam hati kan? Haha. Weh silap besar tu sebab Huawei MediaPad M3 Lite ni guna Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac dan LTE Cat.4 network untuk memastikan pengalaman korang menggunakan tablet mereka ni lebih epic!! “Tapi mungkin bateri cepat habis kan?” Itu pun salah juga sebab MediaPad M3 Lite ni dilengkapi dengan saiz bateri sebesar 4,800mAh. Besar gila! Dah tu siap boleh buat call. Sesuatu yang tak mungkin boleh dilakukan dengan iPad yang mahal.

5. KAMERA

Tak ramai orang gunakan tablet untuk ambil gambar. Tapi kalau korang jenis suka ambil gambar guna tablet, apa salahnya. Sebab tu Huawei MediaPad M3 Lite ni dilengkapi dengan kamera utama 8MP dengan auto-focus dan kamera depan juga 8mp. So tak ada masalah kalau nak guna untuk selfie ke, wefies ke, atau buat video call guna kamera depan dengan penuh yakin.

6. TAHAP KESELAMATAN



Benda biasa dah kalau tablet hari ni letak fingerprint scanner tapi untuk harga dan spesifikasi seperti MediaPad M3 Lite ni, ini ibarat satu bonus la bila boleh gunakan jari untuk selesaikan pelbagai perkara berkaitan sekuriti. Tapi bukan sekadar itu je sebab fingerprint scanner dia pun menyokong multiple gestures untuk melakukan pelbagai perkara yang boleh kita tetapkan.



Kalau jenis risau nak bagi anak main tablet takut dia belajar benda yang bukan-bukan, dengan Huawei MediaPad M3 Lite ni takde apa nak dirisaukan dah sebab Huawei dah sediakan features yang diberinama “Kid’s Corner” yang mana ibu-bapa boleh mengawal kegunaan anak-anak termasuklah aplikasi apa yang dia boleh main ataupun tidak. So tak perlu risau apa-apa lagi dah bila anak main tablet sebab dah boleh mengawal penggunaan anak-anak tanpa perlu memerhatikan setiap apa yang mereka lakukan.

7. MULTITASK

Nak buat kerja kat MediaPad M3 Lite ni takkan pernah jadi masalah. Korang boleh gunakan 2 aplikasi secara “split screen”. Alaa korang boleh buka 2 app berbeza sebelah-sebelah tu. Lepas tu dua-dua app boleh digunakan dalam masa yang sama dan serentak.



Nak buat kerja pun boleh sebab kat dalam dah siap-siap diorang letak Microsoft Office untuk korang gunakan.

Jadi setakat 7 perkara tu dulu lah yang Ohmedia rasakan sangat penting untuk kita ambil tahu. Keberanian Huawei dalam mengeluarkan tablet ini sekaligus bakal mengubah benchmark bagi pasaran tablet berharga bawah RM1,000 tetapi masih mengekalkan ciri-ciri premium terutamanya skrin 8-inci FHD+ dan saiz Bateri sebesar 4,800mAh.



Info lebih lanjut pasal tablet HuaweiMediaPad M3 Lite ni ataupun kalau korang nak beli dengan harga paling kompetitif, boleh ke website VMALL (KLIK) sekarang.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas