Connect with us

Oh! Media

Review: HTC Re Camera

Umum

Review: HTC Re Camera

Mungkin ramai antara korang yang dah tahu tentang HTC Re Camera. Ianya sebuah kamera yang nampak macam inhaler tak pun macam teropoong kapal selam. Mungkin juga ada yang melihat Re Camera ni macam batang paip. Apapun pandangan orang ramai terhadap rekaannya, Re Camera sebenarnya adalah sebuah kamera yang dilengkapi dengan kamera 16MP, saiz sensor 1/2.3″ Sony CMOS, kalis air, dan juga mempunyai pelbagai kelebihan lagi seperti merakam video 1080p 30fps FHD, time-lapse, dan juga 720p, 4x slow motion video.

ADVERTISEMENT

HTC melabelkan Re Camera ini sebagai “Lifestyle Camera” dan bukannya memfokuskan kepada kamera aksi seperti GoPro walau fungsi dan motifnya lebih kurang sahaja. Re Camera ini tentunya sebuah produk yang amat berbaloi dimiliki untuk sesetengah orang yang tahu diri mereka perlu kamera seumpama ini terutamanya yang aktif melakukan aktiviti lasak atau ekstrem di luar, selalu bercuti, mengembara, atau sekadar ingin merakam saat-saat indah bermandi-manda di kolam renang dengan keluarga. Memandangkan saiznya yang begitu kecil, ianya antara faktor terbaik untuk menjadikannya peneman yang sentiasa bersama korang ke mana-mana.

Kameranya cukup untuk memberikan hasil gambar terbaik terutamanya pada waktu siang namun sedikit kekurangan jika anda menggunakannya pada waktu malam dan kurang cahaya. Tapi kalau difikirkan, ianya action camera dan biasanya pasti akan digunakan pada waktu siang ataupun tempat yang terang dengan cahaya. Kami akan tunjukkan contoh-contoh gambar yang telah kami ambil nanti.

Datang tanpa viewfinder dan cukup mudah digunakan kerana saiz yang kecil, sangat ringan dan mempunyai fungsi yang simple, jelas sekali ianya tidak dicipta untuk semua orang, tapi kepada sesiapa yang tahu diri mereka perlu mendapatkan HTC Re Camera ini. HTC ingin penggunanya memfokuskan kepada ‘moment’ penting yang berlaku dihadapan mereka tanpa perlu melihat kepada viewfinder. Hanya tekan butang dibelakangnya satu kali dan halakan lensa ke moment istimewa tersebut, maka gambar akan diambil. Jika hold butang tersebut, rakaman video akan bermula.

Focus on the moment, not your camera. Remarkably fun and easy to use, RE turns on in your hand, shoots photos and videos without a viewfinder, and streams everything to your phone for easy editing and one-press sharing. – HTC

Jika anda berminat dengan GoPro, Re Camera ini bolehlah dianggap sebagai edisi GoPro pada harga yang lebih mampu milik serta mempunyai rekaan yang ‘rare’. Rekaan seperti ini mungkin kelihatan agak pelik sebab tak pernah lagi dibuat pihak lain, tapi bila korang dah pegang sendiri Re Camera ni, korang akan tahu kenapa rekaannya boleh dianggap antara yang terbaik.

Rekaan seperti itu memudahkan korang untuk pegang dengan sebelah tangan tanpa bergegar. Selain itu keluar sahaja dari poket atau beg, terus ianya boleh digunakan untuk mengambil gambar. Re Camera ini mempunyai grip sensor yang mampu mengesan bila ianya dipegang, dan akan terus diaktifkan seperti biasa.

Contoh Gambar:

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat kami ambil untuk dipaparkan dalam review kali ini.

Siang:

In-Door:

Malam:

Contoh Video:

Kelebihan:

– Ambil gambar sangat laju dan sangat fun!
– Bunyi shutter boleh dipilih atau dipadamkan terus
– Sangat selesa untuk dipegang
– Cepat untuk dicaj penuh bagi penggunaan harian (untuk gambar)
– Harga masih kompetitif berbanding pesaing.
– Wide angle lens 146º yang awesome!
– Boleh digunakan bersama iOS dan Android (download applikasi Re Camera dulu)

Kekurangan:

– Harga RM499 lebih berpatutan.
– Gambar malam sekadar memuaskan
– Tiada NFC
– Tiada OIS membuatkan gambar yang diambil kadang-kala kabur

Produk ini dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM699 dengan percuma SD Card 8GB di mana-mana kedai jualan HTC yang sah. Sebarang pertanyaan boleh ajukan di bahagian komen artikel ini ya. Kami di Oh! Media akan terus membawakan pelbagai lagi review ringkas dari produk-produk yang telah kami gunakan sendiri terlebih dahulu bagi satu-satu tempoh sebelum berkongsi pandangan dengan anda.

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media atau anda boleh follow Oh! Media di Instagram. Di Instagram, lebih banyak gambar dan perkongsian menarik dijalankan. Search sahaja “ohmedia” di Instagram anda.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas