Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4: The Finale!

Branded

Ini Apa Yang Kami Rasakan Selepas Menonton Ip Man 4: The Finale!

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh semua peminat cerita kungfu telah tiba bila filem Ip Man 4: The Finale dah mulakan tayangan gais! Amacam? Korang mesti enjoy gila tengok lakonan hebat dari Donnie Yen sepanjang filem kalini sebab ada banyak aksi-aksi yang tersangat la epik untuk yang edisi terakhir ni menanti korang!

Ohmedia nak share sikit la dekat korang tentang filem terakhir Ip Man ni. Siapa yang belum tengok trailer tu boleh tengok kat bawah ni sebab korang kena tahu serba sikit tentang perjalanan cerita Ip Man kalini dulu ya.

Trailer Ip Man 4: The Finale




Bagi Ohmedia, filem Ip Man 4: The Finale ni berjaya membuatkan kami tak duduk diam sepanjang filem dimainkan. Punyalah suspen dari awal sampailah habis. Semua yang menonton akan rasa tersangat la wow dan tak sabar nak tahu kesudahan cerita tu!

Pelakon dalam filem Ip Man 4 ni pun bukan calang-calang kerana menampilkan pelakon hebat seperti Donnie Yen, Danny Chan, Scott Adkins, Ed dan ramai lagi.

Ohmedia juga suka tengok bagaimana sifu Ip Man menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan kebijaksanaan.

Perlawanan yang semua orang nantikan!

Seperti yang Ohmedia jangkakan sebelum ini, scene perlawanan diantara Donnie Yen dan Scott Adkins nampaknya telah berjaya menjadikan siri terakhir Ip Man ini sebagai satu penutup yang sempurna. Scoot Adkins dalam Ip Man ni serius rasis giler dan kuat pulak tu. Tapi apa yang best, korang dapat tengok teknik-teknik rahsia dari Ip Man yang tak pernah dia gunakan di filem sebelum ni.

Temu bual ekslusif bersama Donnie Yen dan Danny Chan


Ohmedia sangat la berbesar hati memberikan rating 9/10 untuk filem Ip Man 4 ni bagi jalan cerita yang berdasarkan kisah benar dan tersusun rapi serta aksi-aksi yang tersangat la epik.

Sinopsis Ip Man 4: The Finale – Donnie Yen Terus Bawa Aura Grandmaster Wing Chun Dalam Ip Man 4: Finale, Janjikan Pertarungan Yang Lebih Epik!

Filem Ip Man 4: The Finale ni dah pun mula ditayangkan di seluruh Malaysia. So, jangan lupa ajak member-member, keluarga, dan insan tersayang pergi tengok filem ni sekarang ya.

Hadiah ekslusif untuk korang gais!

Oh ya! Korang juga berpeluang untuk miliki merchandise eksklusif dari filem Ip Man 4: The Finale ni tau. Setiap pemenang akan bawa pulang IP MAN 4 THE FINALE limited edition Canvas Bag, Pouch Bag Ip Man 4 dan juga T-shirt Ip Man 4.

Senang je nak dapatkan hadiah ni

Jadi Ohmedia nak cari 3 orang pemenang dengan syarat mudah. Korang hanya perlu nyatakan mengapa korang suka tonton filem Ip Man 4 dan komen yang menarik akan dipilih sebagai pemenang. Tekan link ni untuk turut serta ok!

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas