Connect with us

Oh! Media

Restoran Nasi Kandar Pelita Henti Penjualan Rokok Seluruh Negara

29c6jpg

Oh! Lifestyle

Restoran Nasi Kandar Pelita Henti Penjualan Rokok Seluruh Negara

Cawangan Restoran Nasi Kandar Pelita seluruh negara telah menghentikan penjualan rokok di premis makanan mereka. Ini diumumkan oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen yang berkata hasil perbincangan di antara pengedar rokok dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memberhentikan penjualannya di 28 restoran yang membabitkan penjualan sehingga RM300,000 sebulan.

“Semua restoran Pelita kini bebas daripada rokok, selain kita berhenti menjualnya. Ia adalah keputusan yang mesra dan dibuat tanpa sebarang pampasan diperlukan.

“Tak ada gunanya jual rokok jika restoran diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan pelanggan kami gembira dengan perkara ini,” katanya.

IKLAN

Pihak Pelita juga berazam untuk mempertingkatkan lagi mutu layanan dan penjualan nasi kandar mereka walaupun mengakui pelanggan semakin berkurang, namun tetap percaya orang ramai akan kembali mengunjungi restoran mereka kerana jaminan kebersihan dan bebas asap rokok.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas