Connect with us

Oh! Media

Respon Kami Selepas Menonton Filem Villa Nabila

Umum

Respon Kami Selepas Menonton Filem Villa Nabila

Filem Villa Nabila kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh tanahair ketika ini. Bermula dengan trailer yang cukup menggemparkan, kemudian berlakunya tragedi wanita histeria di AEON Tebrau pada hari pertama filem ini ditayangkan, ianya sudah cukup membuatkan ramai yang rasa teruja untuk datang menonton dan merasai sendiri apa yang cuba disampaikan filem ini. Ini termasuklah kami sendiri di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Memandangkan Team OhMedia tidak dapat hadir ke pratonton filem ini, maka kami mengambil keputusan untuk datang menonton filem Villa Nabila ini sendiri. Kami rasa tergerak hati untuk berkongsi tentang pengalaman kami sendiri selepas menonton filem Villa Nabila ini. Mungkin korang sendiri ada kawan-kawan yang dah pergi tengok filem Villa Nabila ni dan bercerita kan? Tapi ini cerita kami.

Kami ke GSC Mid Valley seramai 7 orang pada hari ke-2 filem ini ditayangkan. Memang penuh orang masa tu mujurlah kami awal-awal lagi dah beli tiket secara online. Masa filem tengah ditayangkan tu tak payah ceritalah suasana dia bagaimana dengan jeritan terutamanya datang dari orang perempuan. Ada yang tutup mata sebab takut nak tengok dari awal sampai habis pun ada. Penakut tapi berani pula tengok filem hantu. Haha! Well, nasib ada cik abe kat sebelah ye tak?

Post di Facebook Kami Sejurus Selepas Menonton

Review:

Filem ini bermula dengan penceritaan seorang lelaki yang pergi mengunjungi lokasi rumah Villa Nabila untuk merasai sendiri pengalaman berada di sana sebagaimana yang digembar-gemburkan ramai orang di media sosial termasuklah dengan kisah pelajar hilang di Villa Nabila sebelum ini. Selepas mengelilingi rumah tersebut, walaupun dengan suasana yang cukup gelap hanya ditemani lampu dari kamera dan pelbagai bunyi seram disekeliling kawasan tersebut tetapi tiada apa-apa perkara pelik berlaku sehinggalah lelaki tersebut terjumpa satu notis yang ditampal mengatakan Villa Nabila akan diruntuhkan. Tetapi apa yang peliknya, Villa Nabila masih lagi tersergah usang di situ.

Dari situ bermulalah perkembangan seterusnya tentang mengapa filem ini perlu diwujudkan. Bagaimana kenyataan dan keterangan pihak Polis dan juga pekerja runtuhan diambil dan bagaimana akhirnya Syafiq Yusof sendiri bersetuju untuk tampil menjadi pengarah bagi menjadikan kisah runtuhan Villa Nabila ini sebagai filem yang cukup unik dan berkesan untuk difahami oleh penonton.

Apa yang perlu penonton tahu, filem ini langsung tidak sama seperti filem-filem dengan genre ‘found footage’ macam filem Highland Tower yang mana budak-budak datang bawa handycam, kemudian cakap besar usik sana sini dan lepas tu semua lari disampuk hantu. Filem Villa Nabila ini totally lain dari yang lain kerana ianya bukan rekaan, tetapi kisah yang benar-benar berlaku.

Genius! Apa yang dipaparkan filem ini langsung tidak ‘cliche’ seperti filem seram tempatan yang biasa kita tonton. Malah jika korang biasa tonton filem seram Hollywood atau Thailand sekalipun, pastinya tak pernah lagi jumpa filem dengan gaya penerbitan seperti Villa Nabila ini. Ianya bukan sekadar sebuah filem seram yang ada hantu sana dan hantu sini, tapi ianya sebuah dokumentari di tempat yang benar-benar wujud serta kejadian yang benar-benar wujud kemudian difilemkan dan menerima satu sentuhan yang cukup sempurna di mata kami oleh Syafiq Yusof sendiri.

Ialah selaku pengarah muda, tentulah Syafiq faham apa kapasiti sebuah filem yang ingin ditonton rakyat Malaysia terutamanya filem seram bagi anak-anak muda ketika ini. Mungkin kerana itu filem Villa Nabila ini jelas cuba membawa satu kelainan yang sepengetahuan kami, tidak pernah lagi kami tonton dari mana-mana pengarah di Malaysia sebelum ini. Ya, tidak pernah. Mungkin tidak pernah wujud. Never!

Jika korang nak pergi tengok filem ni nanti, pastikan diri dalam keadaan yang cukup bersedia dan rasai sendiri bagaimana filem seram tempatan yang dihasilkan pengarah muda ini mungkin dapat mengubah pandangan korang terhadap filem seram Melayu yang ada setakat ini. Filem ini jelas tidak menjual nama pelakon popular untuk membuatkan korang pergi menonton tetapi jalan penceritaan filem ini sudah cukup membuatkan ianya kuat.

Tahniah buat Viper Studios dan Skop Productions kerana melahirkan filem seperti Villa Nabila ini. Sudah lama rakyat Malaysia rasa tertipu dengan filem-filem seram yang diterbitkan yang semuanya kelihatan sangat cliche. Hantu keluar sana-sini, kemudian habis. Mujur Villa Nabila membawa satu kelainan dan moga ianya menjadi batu asas untuk pembangun filem seram tempatan menghasilkan filem yang lain dari lain dengan penuh kreatif lagi.

Selamat menonton!

Contest Mudah Anjuran Oh! Media

Lama kami tak belanja followers Oh! Media tengok wayang. Kali ini kami akan belanja. Cara nak menang mudah sahaja. Berikan komen di bawah artikel ini dengan ayat “Saya nak menonton filem Villa Nabila kerana……” mengikut kreativiti anda tak kisahlah berapa panjang pun dan kami akan belanja 4 keping tiket wayang untuk 2 orang pemenang bertuah bersama pasangan masing-masing untuk menonton Villa Nabila di mana-mana sahaja pawagam berhampiran anda (GSC & TGV). Contest ini akan tamat pada jam 10 malam ini (20 Jan 2015) dan komen yang menerima reply dari Oh! Media, adalah pemenang. Selamat mencuba!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas