Connect with us

Oh! Media

Remaja Maut Pandu Kereta Yang Dicurinya Selepas 30 Minit

Umum

Remaja Maut Pandu Kereta Yang Dicurinya Selepas 30 Minit

Setelah mencuri sebuah Proton Exora, seorang remaja menemui maut apabila kereta yang dicurinya terbabit kemalangan. Dia yang memandu kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan, kemudian merempuh Perodua Kelisa dan Perodua Myvi. Kejadian dilaporkan berlaku Johor Bahru.

Remaja berkenaan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang turut sama mencuri kereta berkenaan difahamkan parah dan sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Sultan Ismail (HSI). Info yang kami dapat, kedua-duanya mencuri kenderaan setengah jam sebelum kemalangan berlaku.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Berita Harian

Pemandu Perodua Kelisa bagaimanapun cedera di kaki kiri serta tulang leher dan dua kanak-kanak lelaki, penumpang kereta berkenaan cedera di bahagian muka dan kepala. Pemandu Myvi pula, seorang wanita cedera di bahagian tangan dan kaki kanan. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Ismail Dollah, kesemua mangsa dihantar ke HSI untuk rawatan lanjut.

Sumber gambar dari Berita Harian

Tambah beliau, kedua-dua remaja berkenaan masing-masing mempunyai tiga dan tujuh rekod jenayah lampau.

OHMEDIA: SEMOGA MENJADI PENGAJARAN PADA KITA SEMUA. KITA KENA BERINGAT, KALAU TUHAN TU NAK BAYAR CASH ATAS DOSA KITA, DIA BAYAR JE. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca remaja temui ajal setelah memandu kereta yang dicuri akibat kemalangan di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas