Connect with us

Oh! Media

Remaja 16 Tahun Buka Restoran Mewah Sendiri Di New York

Umum

Remaja 16 Tahun Buka Restoran Mewah Sendiri Di New York

Bermula dengan minatnya yang bukan calang-calang dalam bidang kulinari, Flynn McGarry sudah mula memasak sendiri di rumah pada usia 10 tahun. Dia menunjukkan minat mendalam dan mula melatih diri sendiri di rumah dengan latihan menggunakan pisau dengan betul.

ADVERTISEMENT

McGarry gigih berlatih setiap kali pulang dari sekolah dan pada hujung minggu. Selain itu, dia juga menonton rancangan masakan oleh chef di kaca televisyen dan Internet.

Ketika berusia 11 tahun, ibunya membelikan dia buku masakan The French Laundry oleh chef Thomas Keller dan Alinea oleh Chef Grant Achatz. Cintanya terhadap dunia kulinari semakin menebal dan remaja itu tekad untuk menjadi chef dengan sokongan ibunya.

Sejak itu McgArry mula memasak untuk keluarga dan rakan ibunya yang datang. Namun rakan ibunya sangat kagum dengan masakan remaja itu dan memutuskan membayar makanan itu kerana ingin menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan kemahiran McGarry.

Kemudian masakannya menjadi buah mulut rakan keluarga kemudian kejiranan dan bandarnya iaitu Los Angles. Orang ramai terutamanya peminat makanan mula menempah untuk datang dan makan di rumahnya. Ia mendapat liputan akhbar dan majalah tempatan sehinggakan beberapa chef terkenal Amerika Syarikat datang untuk merasa sendiri masakan remaja itu.

Nyata McGarry tidak menghampakan dan kini pada usia 16 tahun, dia mempunyai restoran bergerak mewah sendiri yang dinamakannya Eureka dan pergi ke beberapa bandar elit di benua Amerika Utara dengan mengenakan caj USD160 (RM500) sekepala untuk hidangan berkonsep Amerika.

McGarry juga dijemput chef dan pemilik restoran mewah lain untuk menjadi chef jemputan bagi menu khas. Remaja ini dipilih menjadi personaliti untuk muka depan majalah berprestij New York Times Magazine dan menjadi jemputan untuk rancangan televisyen di seluruh dunia.

Foodgasm Fest is Back weh!!

MasyaAllah!! Menyesal tengok video ni!! Terus perut berkeroncong lapar. Huhu!! Kenapa tak pernah tau ada event makanan…

Posted by Oh! Media on Thursday, October 8, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas