Oh! Lifestyle
Real Madrid Akan Lepaskan Bale Pada Harga 22 Juta Pound

Pemain kebangsaan Wales, Gareth Bale sedia dijual pada harga 22 juta pound dalam usaha untuk mengurangkan kos kewangan Real Madrid. Bale yang kini berusia 31 tahun jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Pengurus Real, Zinedine Zidane juga lebih gemar meletakkan Bale di bangku simpanan.

Manchester United dan Tottenham Hotspur boleh membawa Bale pulang ke England namun faktor kewangan menjadi halangan buat Spurs manakala MU kini masih fokus untuk mendapatkan penyerang muda Dortmund, Jadon Sancho.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM