Connect with us

Oh! Media

RB Leipzig Cipta Kejutan Untuk Ke Separuh Akhir UEFA

Oh! Lifestyle

RB Leipzig Cipta Kejutan Untuk Ke Separuh Akhir UEFA

Baru 11 tahun ditubuhkan, RB Leipzig berjaya mencipta sejarah apabila layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Atletico Madrid awal pagi tadi. Keputusan ini pasti mengecewakan pengurus Atletico, Diego Simeone kerana mereka telah mengalahkan Liverpool pada pusingan kedua sebelum ini namun tewas kepada Leipzig.

ADVERTISEMENT




Dalam perlawanan ini menyaksikan RB Leipzig terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil tandukan Dani Olmo selepas beliau berjaya menyempurnakan hantaran dari Sabitzer. Bersambung separuh masa kedua, Atletico membuat keputusan yang tepat apabila memasukkan pemain muda Portugal, Joao Felix.




Hasilnya Felix menjaringkan gol penyamaan untuk Atletico menerusi sepakan penalti pada minit ke-71. Pemain gantian Leipzig, Tyler Adam muncul hero selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi satu rembatan dari luar kotak penalti. RB Leipzig akan bertemu PSG pada perlawanan separuh akhir nanti.





OHMEDIA: ADAKAH KELAB DARI JERMAN AKAN MENDOMINASI PADA PERLAWANAN AKHIR NANTI? SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN

+ Baca respon pembaca RB Leipzig cipta kejutan untuk ke separuh akhir UEFA di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas