Connect with us

Oh! Media

Permit Kerja Dibatal & Rayhan Kabir Serah Diri Sebelum Diusir Ke Negara Asal – Ketua Polis Negara

ohmedia ketua polisjpg

Umum

Permit Kerja Dibatal & Rayhan Kabir Serah Diri Sebelum Diusir Ke Negara Asal – Ketua Polis Negara

Satu keputusan yang bijak dan terbaik telah diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia apabila membatalkan permit kerja seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Md Rayhan Kabir selepas mengeluarkan kenyataan yang berniat memburukkan nama Malaysia.

Rayhan sebelum ini telah ditemu bual bersama agensi berita antarabangsa Al Jazeera untuk mendapatkan berita tentang situasi Malaysia menangani masalah Covid-19 terutama kepada warga asing dan dalam video itu Rayhan telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan berniat memburukkan imej Malaysia.

Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya. – Tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dokumentari Al Jazeera ini turut mendapat tentangan dari rakyat Malaysia sendiri yang menafikan usaha yang dilakukan oleh pasukan hadapan negara dan menjadi keutamaan sesebuah negara untuk mengutamakan rakyatnya sendiri.

IKLAN

Bagaimanapun, tuduhan mengatakan Malaysia rasis dan memberi layanan buruk kepada warga asing juga tidak benar. Cuma warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah sahaja yang akan diambil tindakan dan diberi layanan yang sepatutnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang merasakan ini langkah yang terbaik di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas