Connect with us

Oh! Media

Ransomware! Jenayah Siber Yang Hebat

Umum

Ransomware! Jenayah Siber Yang Hebat

ADVERTISEMENT
Pihak FBI di Amerika telah melaporkan mangsa “Ransomware” telah membelanjakan hampir RM 800 Juta hanya di suku pertama 2016, berbanding RM 96 Juta pada keseluruhan tahun 2015. Jumlah yang amat mendadak. Ransomware telah menjadi malware yang amat pantas berkembang. Hampir setiap hari, pelbagai ancaman Ransomware terbaru menyerang pengguna siber di seluruh dunia. 
Sebelum ni, terdapat dua jenis Ransomware yang giat menjalankan kerjanya, tapi boleh dikatakan, kita tidak lagi boleh bezakan jenis Ransomware sebab sekarang hampir kesemua sifat nya serupa. Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat malware “Crypto” yang menghalang akses ke laman web tertentu sehingga pembayaran dibuat.
Ransomware juga telah melintang platform dengan mula bergerak luar dari komputer di mana ia beralih kepada peranti mudah alih. Sebagai contoh, FLocker menyasarkan peranti IOT iaitu lebih dikenali sebagai televisyen pintar. Dikatakan, FLocker menuntut RM 1,000 kad hadiah iTunes untuk membenarkan pemilik televisyen menonton perlawanan akhir hoki ais “Stanley Cup” di Amerika.
Jika anda diserang Ransomware, anda haru membuat pembayaran dengan menggunakan BitCoin. Tapi, untuk isu jenayah siber ini, kita harus meletakkan bayar BitCoin kepada penjenayah sebagai pilihan kedua. BitCoin ni bukan murah harganya, dan anda tidak dapat jaminan untuk mendapat kesemua data lengkap. Apa anda perlu buat, “Backup” semua data anda. itulah pertahanan paling terbaik untuk melawan serangan Ransomware ini.

Semua jenis rupa bumi Ransomware ini mampu menyerang kita sebagai pengguna siber. Apa lagi lepas  ini? Sekarang kita lihat pelbagai khidmat sistem “cloud” diperkenalkan kepada pengguna sebagai salah satu langkah pencegahan jenayah siber ini. Tapi la kan, para-para penggodam ini tidak akan berdiam diri. Saya yakin satu hari nanti, sistem “cloud” juga akan menjadi sasaran seterusnya. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas