Connect with us

Oh! Media

Ramli Orang Asli Pertama Berjaya Menjadi Ahli Parlimen

166343jpg

Oh! Negara

Ramli Orang Asli Pertama Berjaya Menjadi Ahli Parlimen

Bagi keputusan PRK Cameron Highland yang diumumkan malam tadi, Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Ramli Mohd. Nor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highland dengan memperolehi 12,038 undi mengatasi 10,307 undi pada pemilihan sebelum ini.

Barisan Nasional juga berjaya memperolehi majoriti 3,238 undi berbanding Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, M. Manogaran dengan jumlah 8,800 undi.

Calon lain iaitu dari parti Bebas, Sallehudin Ab. talib dan Wong Seng Yee masing-masing hanya memperolehi 314 dan 278 undi.

IKLAN

Peratusan keluar mengundi mencatatkan sebanyak 68.79 peratus iaitu 21,426 pengundi daripada 31,639 jumlah keseluruhan pengundi.

Dengan kemenangan ini, Ramli merupakan Orang Asli pertama sebagai Ahli Parlimen.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas