Connect with us

Oh! Media

Masih Belum Terfikir Untuk Cari Pengganti, Alha Alfa Dedah Ramai Yang Ingin Melamar Dirinya

Oh! Artis

Masih Belum Terfikir Untuk Cari Pengganti, Alha Alfa Dedah Ramai Yang Ingin Melamar Dirinya

Rumah tangga yang dibina jurusolek terkenal, Alha Alfa sebelum ini hanya mampu bertahan 6 bulan sahaja. Baru-baru ini, Alha mengatakan yang dia baru saja sebulan memegang status sebagai seorang duda. Disebabkan itu, Alha mengatakan yang dirinya bukan sahaja dihujani kecaman netizen, tetapi ada juga individu yang tidak dikenali ingin melamarnya sampailah sekarang.

ADVERTISEMENT

Ramai wanita diluar sana yang mahu Alha dijadikan suami dan apa yang paling mencuit hati juru solek terkenal itu, sampai ada ibu-ibu yang mahu menjadikan dirinya sebagai menantu tanpa perlu menghantarkan wang hantaran dan membuat sebarang majlis. Buat masa ini, Alha mengatakan yang  bukan senang untuk mencari teman hidup dan dirinya masih belum terfikir lagi untuk mencari pengganti dan hanya sekadar berkenal-kenalan untuk berkawan sahaja.

Alha juga mengatakan yang keadaan dirinya semakin baik dan sudah tenang untuk melalui kehidupan harian akan datang dan percaya pasti ada hikmahnya dari apa yang telah berlaku.

Sumber : mStar

+ Baca respon pembaca ramai yang melamar Alha Alfa di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas