Connect with us

Oh! Media

Ramai Peniaga Masih Beroperasi Selepas Waktu Berbuka di Kelantan

Umum

Ramai Peniaga Masih Beroperasi Selepas Waktu Berbuka di Kelantan

Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini telah menegaskan bahawa arahan menghentikan perniagaan bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam akan berkuat kuasa serta merta sepanjang Ramadan. Namun, masih dapat dilihat sebahagian peniaga masih beroperasi seperti biasa.

ADVERTISEMENT

Ini kerana, kebanyakan peniaga terutama yang mengusahakan perniagaan colek tidak bersetuju dengan arahan terbabit yang dilihat hanya akan menutup periuk nasi mereka.

Peniaga juga mendakawa mereka tidak dimaklumkan mengenai arahan terbabit dari mana-mana pihak berkuasa dan hanya mengetahuinya dari laman Facebook.


“Tempoh penutupan sehingga jam 10 malam agak lama memandangkan ramai umat Islam hanya mengerjakan solat Tarawih lapan rakaat, sebelum mereka akan ke kedai makan membeli air dan colek,” katanya ketika ditemui, di sini, malam ini” kata seorang peniaga di Pasir Mas.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada semua ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui surat ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin, semalam.

Menurut surat itu, arahan berkenaan adalah untuk menghormati Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas