Connect with us

Oh! Media

Ramai Ingat Alif Satar Main TikTok. Tapi Rupanya Sampaikan Mesej Guna Bahasa Isyarat

Alif2bsatarpng

Oh! Artis

Ramai Ingat Alif Satar Main TikTok. Tapi Rupanya Sampaikan Mesej Guna Bahasa Isyarat

Seperti kebanyakan orang berkongsi video peringatan untuk orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakam, penyanyi popular Alif Satar baru-baru ini turut telah berkongsi satu video untuk mengajak rakyat Malaysia patuhi PKP, tetapi dengan cara penyampaian yang agak berbeza.

Alif menggunakan bahasa isyarat tangan yang dipelajarinya daripada ibu dan bapanya yang pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan khas dahulu.

Ayah saya mengajar Bahasa Melayu, mama mengajar Bhaasa Inggeris untuk pelajar masalah pendengaran. Sedikit sebanyak saya belajar daripada mereka. Daripada umur empat tahun saya sudah diajar tentang bahasa isyarat ini, adik beradik saya pun tahu. – Jelas Alif kepada mStar.

Alif mendapat idea untuk melakukan mesej berkenaan selepas melihat beberapa orang dari KKM menggunakan cara yang sama untuk menyampaikan maklumat kepada golongan tertentu.

IKLAN

Sejak dikongsikan pada 6 April semalam, video pesanan Alif Satar ini sudah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata orang memberikan komen positif.



+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Alif Satar di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas