Connect with us

Oh! Media

Rakyat Tenang Bila Dengar Tok Abah Berucap! Walaupun Tidak Dipilih, Beliau Tetap Laksanakan Tugas Dengan Baik Demi Rakyat!

Oh! Negara

Rakyat Tenang Bila Dengar Tok Abah Berucap! Walaupun Tidak Dipilih, Beliau Tetap Laksanakan Tugas Dengan Baik Demi Rakyat!

Walaupun mungkin ramai yang kata, “kami tidak memilih dia untuk jadi Perdana Menteri”, tetapi beliau sudah lakukan yang terbaik untuk kita semua. Insan yang Ohmedia maksudkan adalah Perdana Menteri Malaysia kita ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru sahaja beberapa bulan mentadbir negara, perlu menghadapi ujian dan dugaan yang berat.

ADVERTISEMENT

Kita sebagai rakyat Malaysia pasti dapat melihat yang segala keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin setakat ini disambut dengan baik oleh semua rakyat Malaysia. Walaupun, negara dalam kesusahan rakyat dilihat tetap tenang dan mematuhi apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

Ohmedia bukan bercakap berdasarkan pemerhatian sahaja, rata-rata penganalisis politik negara turut bersetuju dengan keadaan ini dan percaya beliau mampu mengukuhkan kembali kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara. Itulah fokus utama kita sekarang!

Tan Sri Muhyiddin yang kini berumur 72 tahun mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam karier politiknya dan ini dapat dilihat dari cara penyampaian setiap kali melakukan sidang media dan pengumuman rasmi. Rakyat Malaysia akan bersemangat untuk berada di depan tv dan menonton beliau secara langsung di dalam media sosial semata-mata ingin melihat penerangan dari seorang Perdana Menteri.

Sikapnya yang dilihat mendengar rintihan rakyat, melihat perkembangan rakyat dan prihatin ini sangat dihargai seluruh rakyat Malaysia sehingga ada yang menggelarnya sebagai Tok Abah. Rasanya semua tahu kenapa beliau dapat gelaran ini.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya rakyat tetap tenang menerima pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hati terbuka sejak ia diumumkan PM semalam. Apatah lagi bila PM umumkan Bantuan Prihatin Nasional. Rakyat terus senyum sampai ketelinga. Hehe!

Sejarah Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau yang dilahirkan pada 15 Mei 1947 ialah Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978 memiliki pengalaman luas dalam bidang politik serta pentadbiran, malah Muhyiddin yang juga pengasas Bersatu bermula daripada 1970-an lagi.

Anak kepada ulama tersohor di Muar, Johor iaitu Allahyarham Muhammad Yassin Muhammad juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor. Kerusi DUN ini dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1970-an, beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada PRU ke-5 (1978) atas tiket Barisan Nasional-UMNO.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 (1986) apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang dan mengekalkan jawatan Menteri Besar apabila memenangi kerusi yang sama pada PRU ke-8 (1990). Kedua-duanya atas tiket Barisan Nasional-UMNO.

Ketika menyandang jawatan Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995, negeri Johor Darul Ta’zim boleh dikatakan mencatat perkembangan pesat dan muncul antara negeri termaju di Malaysia.

Perjalanan kerjaya Muhyiddin yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM) antaranya dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada 1981 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1982.

Beliau juga pernah menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan (1995-1999), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009), Timbalan Perdana Menteri (2009-2015), Menteri Pendidikan (2009-2015), dan Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020) di bawah beberapa Perdana Menteri.

OHMEDIA: SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA OHMEDIA INGIN MENYERU AGAR KITA SEMUA TERUS BERSABAR DAN PATUH SEGALA ARAHAN YANG DIKELUARKAN. JANGAN MELAWAN! JANGAN BERDEGIL! KERANA INI SEMUA ADALAH DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA. #KitaJagaKita



+ Baca respon pembaca yang menyokong Perdana Menteri Ke-8 di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas