Connect with us

Oh! Media

Jokowi Salahkan Rakyat Suka Buang Sampah Merata-Rata Punca Banjir Besar Di Jakarta

Oh! Negara

Jokowi Salahkan Rakyat Suka Buang Sampah Merata-Rata Punca Banjir Besar Di Jakarta

Nampaknya, tahun 2020 menjadi satu permulaan yang buruk buat negara jiran kita, Indonesia apabila kini sedang dilanda banjir besar di Jakarta. Walaupun keadaan di sana semakin pulih, namun punca sebenar banjir besar ini berlaku masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, dalam satu kenyataan dari Presiden Joko Widodo dengan lantang mengatakan banjir ini berpunca dari sikap rakyat Indonesia sendiri yang suka membuang sampah merata-rata.

Masalah mentaliti buang sampah merata-rata ini nampaknya telah menjadi penyumbang kepada masalah banjir selain daripada ecosistem atau teknologi yang disediakan pihak pemerintah.

Tapi, lain pula pandangan Gabenor Anies Baswedan yang tidak bersetuju dengan alasan dari Jokowi.

Di Lapangan Terbang Halim (yang dibanjiri pada 1 Jan), sejauh mana saya tahu tidak ada banyak sampah di sana. Tetapi lapangan terbang itu tidak beroperasi. Adakah terdapat sampah di lapangan terbang? Saya tidak fikir. – Kata Anies kepada pemberita.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas