Connect with us

Oh! Media

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih – Anwar Ibrahim

Oh! Negara

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih – Anwar Ibrahim

Selain daripada menanti dan mengetahui siapakah individu yang menyebarkan video terbabit, rakyat juga ingin mengetahui kesahihan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

“Ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan siapa yang sebarkan?

“Jadi rakyat mahu tahu kedua dua benda itu,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai penahanan reman Haziq dan lima individu lain, semalam.

Untuk pengetahuan korang, Haziq serta lima lagi individu telah ditahan reman pada semalam bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 377B berkaitan persetubuhan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Seksyen 233 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas