Umum
Rakyat Gaza Berhimpun Bagi Meraikan Kejayaan Pejuang Mereka
Oleh
Pada

Rakyat Gaza keluar ke jalan pada tengah malam tadi meraikan kejayaan pasukan pejuang mereka memaksa rejim Zionis Israel bersetuju dengan gencatan senjata.
ADVERTISEMENT
Bilik Operasi Bersama pasukan bersenjata di Gaza dalam kenyataan mereka menegaskan bahawa pihak mereka akan mematuhi gencatan senjata ‘selagi Israel turut mematuhinya.’
Justeru, pasukan bersenjata di Gaza masih berada dalam situasi berjaga-jaga.
Serangan rejim Zionis sejak Ahad telah mengakibatkan 14 orang terkorban, 190 cedera dan 880 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Serangan berlaku selepas operasi rahsia skuad elit tentera Zionis Israel berjaya digagalkan oleh Briged al-Qassam mengakibatkan seorang tentera mereka terkorban dan seorang lagi cedera.
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:ohislam

Comments