Connect with us

Oh! Media

Putera UAE Meninggal Dunia

Oh! Negara

Putera UAE Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillahirojiun. Putera UAE, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi telah meninggal dunia pada usia 39 tahun di London dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan telah mengumumkan bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah itu dihantar pulang.

ADVERTISEMENT

Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi berada dalam jagaan Tuhan.

Kalau korang nak tahu, Khalid adalah owner dan fashion designer untuk jenama Qasimi Homme sejak 2008 di United Kingdom. Dia pernah belajar di Sekolah Tonbridge di Kent, England dan belajar bahasa Perancis serta Sepanyol di University College London. Bukan itu sahaja, dia juga mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina di Association School of Architecture.


Pakaian yang diciptanya pernah dipamerkan sempena Minggu Fesyen London dan Paris. Fuh, hebat betul pencapaian Khalid ya? Apapun, salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas