Connect with us

PU Riz Menangis Selepas Disahkan Negatif

Oh! Artis

PU Riz Menangis Selepas Disahkan Negatif

Pencetus Ummah Riz menitiskan air mata apabila dirinya disahkan negatif wabak covid-19 selepas beberapa hari menjalani rawatan dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Riz amatlah bersyukur kerana sudah sembuh dan boleh pulang ke rumah kerana dia beranggapan yang Allah berikan peluang kedua pada dirinya disebabkan wabak ini boleh membawa maut.


BACA : PU Riz Disahkan Positif Selepas Menjalani Ujian Saringan


Sepanjang berada di tempoh kuarantin dekat Hospital, Riz mengatakan yang jururawat di sana sentiasa memberikan kata-kata semangat dan menyuruh dirinya berfikiran positif. Ada juga jemaah tabligh yang berpesan supaya yakin akan Allah sentiasa ada dengan dirinya. Setelah Riz membuat ujian saringan buat kali kedua beberapa hari lepas, jururawat memaklumkan bahawa keputusannya adalah negatif.

Riz berterima kasih kepada jururawat dan juga doktor yang membantu merawatnya sehingga disahkan negatif dan mengatakan yang Allah saja yang boleh membalas jasa mereka kerana tugas mereka berisiko tinggi. Kini, Riz perlu menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu. Ohmedia berharap kepada semua yang telah dijangkiti akan sentiasa kuat untuk melawan wabak tersebut dan apa yang paling penting sekali, sentiasa berdoa kepada Allah.

Sumber : Harian Metro

+ Baca respon pembaca Riz disahkan negatif di Facebok Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top