Connect with us

Oh! Media

Program ‘Zero Food Waste’ Dilancarkan Aeon Big

https 25252f25252fs3 ap northeast 1amazonawscom25252fpsh ex ftnikkei 3937bb425252fimages25252f225252f425252f525252f325252f8133542 1 eng gb25252f20140129 aeonbigjpg

Oh! Lifestyle

Program ‘Zero Food Waste’ Dilancarkan Aeon Big

Aeon Big kini melancarkan satu program yang dipanggil ‘Zero Food Waste’ bagi seluruh negara. Langkah ini diambil bagi menunjukkan sikap peruncit yang bertanggungjawab terhadap pembaziran itu.

Menurut Pengarah Urusannya, Masayoshi Masuda, program ini diasaskan dengan mengambil kira saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya lebihan makanan daripada industri peruncitan dapat dikawal.

Untuk itu katanya, Aeon Big terpanggil untuk turut bersama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia.

IKLAN

“Sebagai sebuah syarikat peruncitan yang bertanggungjawab, kami percaya bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif dengan mengumpul lebihan makanan yang tidak terjual untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran supaya secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Oleh itu, untuk merealisasikan  ia, mereka akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen yang akan mengambil lebihan makanan berkenaan untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas