Connect with us

Oh! Media

Puteri Jepun, Princess Mako Sanggup Jadi Rakyat Biasa Demi Cinta

Oh! Lifestyle

Puteri Jepun, Princess Mako Sanggup Jadi Rakyat Biasa Demi Cinta

 Kisah ini ibarat dongeng, namun ia sebenarnya berlaku di dunia nyata apabila seorang puteri raja sanggup dilucutkan semua gelaran diraja demi untuk berkahwin dengan jejaka biasa.

ADVERTISEMENT

Puteri Mako merupakan cucu kepada emporer Jepun memilih untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kei Komuro yang dikatakan boleh bermain ski, violin dan memasak.

Lelaki yang berjaya mememangi hati puteri itu merupakan bekas pelajar di International Christian Universiti di Tokyo, dimana tempat yang sama Puteri Mako belajar.

Menurut tradisi Jepun, sejurus sahaja mereka berkata ‘Saya Setuju”, Puteri Mako akan kehilangan seluruh statusnya dan menjadi rakyat biasa serta merta.

Pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo, lebih kurang lima tahun lalu di sebuah parti untuk berbincang mengenai belajar di luar negara, dan semenjak dari itu, mereka kerap berjumpa.

Komuro telah bekerja sebagai ‘putera pantai’ untuk mempromosi pantai-pantai pelancongan Shonan di Kanagawa, lapor NHK. Sebaik sahaja mereka berkahwin, Mako tidak lagi bergelar puteri tetapi orang awam. Menurut NHK juga, Mako telah memperkenalkan Komuro kepada ibu bapanya, dan mereka bersetuju.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas