Connect with us

Oh! Media

Presiden Turki Erdogen & Mahathir Bidas OIC Dalam Ucapan Sidang Kemuncak KL

Oh! Negara

Presiden Turki Erdogen & Mahathir Bidas OIC Dalam Ucapan Sidang Kemuncak KL

Sekarang sedang berlangsungnya Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dan ia telah berjaya menarik pemimpin-pemimpin tertinggi negara Islam termasuk Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan rakan-rakan dari Qatar serta Iran.

ADVERTISEMENT

Kita berpeluang untuk bercakap secara bebas mengenai isu-isu kita, daripada Islamophobia kepada keganasan, perpecahan, pergaduhan dalaman yang membinasakan wilayah kita, dan konflik antara mazhab serta etnik. – Kata Erdogan dalam ucapannya pada hari pertama persidangan.

Erdogan dalam ucapannya turut memerli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dilihat gagal melakukan sebarang tindakan terhadap beberapa isu melibatkan Islam. Tetapi Erdogan tidak menyatakan secara terus.

Kita masih belum ada sebarang kemajuan dalam perjuangan Palestin, kita tidak dapat menghentikan eksploitasi sumber-sumber kita, kita masih tidak boleh kata ‘tidak’ pada perpecahan dunia Islam akibat sektarianisme, itu sebabnya. – Erdogan.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Erdogan dilihat kecewa dengan rekod OIC. Pihak OIC juga sebelum ini mengatakan yang penganjuran persidangan di luar selain dari Arab Saudi telah bertentangan dengan kepentingan masyarakat Islam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas