Connect with us

Oh! Media

Pre-Order ASUS ZenWatch 3 Telah Dibuka dalam B&H, Tempah Sekarang!

Umum

Pre-Order ASUS ZenWatch 3 Telah Dibuka dalam B&H, Tempah Sekarang!

Setelah beberapa bulan menunggu sejak pengumuman Asus Zenwatch 3, akhirnya ia membuka untuk pre-order di laman web B&H pada rabu lepas. Ia bukan lagi khabar angin tetapi secara rasmi ia dibuat. B&H telah menyenaraikan ASUS ZenWatch 3 Smartwatch dalam Gunmetal Casing dan Dark Brown Leather Band dengan harga $229.99.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan anda, Android Wear yang dikuasakan oleh ZenWatch baru ini dedatangkan dengan paparan skrin AMOLED 1.39-inci, 400 x 400 resolusi, 287 ppi, 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 2100 Processor, Memori dalaman 4GB, 512MB RAM, WiFi, kapasiti Bluetooth 4.1, dan jangka hayat bateri yang mampu mencecah 1 hingga 2 hari.

Satu kelainan pada Smartwatch Asus jenerasi ke-3 adalah tentang daya tarikannya. Asus menggunakan beberapa bahan keluli tahan karat 316L untuk bingkai smartwatch tersebut. Selain itu, stitched Italian leather, rubber straps dan rose gold bezel dijadikan pilihan untuk tali smartwatch anda.

Selain dari itu, Asus meningkatkan lagi tracking tecknology pada ZenWatch 3 sebanya 95% Ketepatan. Oleh itu, sama ada anda ke berlari, berjalan, atau melakukan apa sahaja aktiviti sukan atau kerja rumah, smartwatch ini boleh menjadi pengesan kecergasan yang boleh dipercayai. Anda juga boleh menentukan fungsi untuk tiga butang pada ZenWatch 3 bergantung kepada bagaimana anda untuk menggunakannya.

Kepada pengguna dan peminat Asus, anda boleh membuat pre-order pada laman web B&H. Kongsikan pengalaman anda pada facebook atau instagram kami di Oh! Geekz atau Oh! Media.

Via : B&H                 Sumber : Asus

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas