Connect with us

Oh! Media

Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

Ohmedia asri2bjanggut 1jpg

Umum

Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

Berhubung dengan isu Asri Janggut yang mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat, pihak polis menyatakan bahawa mereka tidak menolak untuk memanggil saksi lain untuk membantu siasatan atas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Hot Burger Malaysia berkenaan.

Pekara ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid. Tambahnya, pihaknya sedang giat melakukan siasatan selepas Asri Janggut tampil memberi keterangan.

Sumber gambar dari Head Topics

Sebelum ini, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menyatakan bahawa dakwaan yang dinyatakan oleh Asri Janggut mengandungi unsur jelik dan penghinaan terhadap polis dan tentera. Tambah beliau, kenyataan berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(c), kesalahan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi mana-mana golongan atau kaum.

IKLAN
Sumber gambar dari Google

Bagaimanapun Asri Janggut telah tampil memohon maaf atas kenyataan yang keluarkan. Beliau mengakui bahawa itu kelemahan dan kesilapan yang dilakukan. Beliau menyedari bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu mengguris hari anggota polis dan tentera.

OHMEDIA: HARAP KES ASRI JANGGUT NI SELESAI SEGERA. SEBAB ADA MASALAH LEBIH BESAR YANG PIHAK BERKUASA PERLU TANGANI, MEMBABITKAN KES RASUAH.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca polis tak tolak panggil saksi lain atas kenyataan tidak jaga solah oleh Asri Janggut di Facebook Oh! Media



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas