Connect with us

Oh! Media

Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

Image2b 2b2019 05 10t183932265jpg

Umum

Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

Rejim Zionis meneruskan penindasan mereka ke atas rakyat Palestin terutama di bulan Ramadan apabila mereka kini melarang penduduk Islam Palesti menunaikan solat terawih.

Halangan ini dilakukan apabila polis Israel bertindak menutup laluan utama di kawasan kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Utara yang diduduki beberapa minit sebelum masuk waktu Magrib.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, penutupan itu dibuat ketika penduduk Palestin sedang sibuk bersiap untuk berbuka puasa pada petang Selasa.

IKLAN

“Tentera dan polis Israel menutup Jalan Wadi Hilweh serta beberapa jalan lain menuju ke Masjid al-Aqsa.

“Jalan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa itu ditutup tanpa sebarang amaran dan penduduk Palestin dilarang melaluinya.

“Tindakan tersebut menyebabkan penduduk yang menuju ke masjid atau pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ketika azan Maghrib mula berkumandang,” kata kumpulan itu.

Dengan penutupan ini, ia telah menghalang urusan penduduk Islam Palesti untuk berbuka dan bersiap menunaikan solat tarawih.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas