Connect with us

Polis & Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung!

Umum

Polis & Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung!

Kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanakan perintah berkurung dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah melakukan pendekatan untuk membenarkan pihak polis untuk melepaskan tembakan sekiranya ada penduduk yang menimbulkan kekacauan.

Keadaan semakin buruk. Saya ingin menegaskan sekali lagi masalah yang dihadapi sekarang amat serius dan semua rakyat perlu mematuhi arahan. Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati. Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah. – Tegasnya.

Perkara ini dipetik dari Al Jazeera yang melaporkan Duterte menyatakan amaran ini di stesen tv negara mereka malam tadi.

Sebelum ini, telah berlaku beberapa kes kekacauan di sana selepas rakyat Filipina tidak dapat mengikut arahan untuk berada di rumah. Usaha ini juga bagi melindungi petugas hospital mereka yang kini berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.

Setakat semalam Filipina merekodkan 2,311 kes jangkitan Covid-19 dengan 96 kematian.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top