Connect with us

Oh! Media

Pokemon GO Patch Yang Baru Telah Memberikan Hint Gen 2 Bakal Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Umum

Pokemon GO Patch Yang Baru Telah Memberikan Hint Gen 2 Bakal Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Kegilaan Pokemon GO mungkin sebahagian besarnya telahpun mati, tetapi Niantic seolah-olah sedang bersiap sedia untuk keluaran Gen 2 tidak lama lagi. Patch terkini dikeluarkan untuk permainan tersebut mungkin kelihatan seperti tidak banyak apabila melihat dengan mata kasar, tetapi sesiapa yang menganalisis dan mengarah aplikasi tersebut telah memberitahu bahawa semua tanda-tanda tersebut menunjukkan kepada kemas kini utama tidak lama lagi, dan ini adalah peluang yang baik untuk mereka perlukan bagi memulakan kegilaan Pokemon GO lagi.

ADVERTISEMENT

Patch data menunjukkan bahawa terdapat 38 langkah baru telah ditambah pada belakang tabir dan majoriti ini dipelajari oleh Gen 2 Pokemon, walaupun bergitu Pokemon kebanyakannya masih tidak boleh didapati. Terdapat juga barangan Gen 2  khas yang terdapat dalam kod. Mereka mungkin meletakkan ianya lebih awal atas sebab tertentu yang kita tidak tahu, tetapi sekurang-kurangnya ia akan membuatkan korang teruja, jika korang adalah seorang Pokemon fan.Terdapat juga gerakan baru seperti Iron Tail, Hex, dan Slash. Tambahan itu pula gerakan charge up seperti Crunch, Zap Cannon dan Mirror Coat, malangnya dari segi teknikal ia masih lagi belum beroperasi.
Satu-satunya perkara lain yang penting untuk patch ini adalah “pengesanan jarak ditukar kepada akaun yang lebih baik untuk GPS drift.” Drift ini merujuk kepada watak yang bergerak berpunca daripada apa yang korang lakukan di sekeliling korang, sebagai contoh kononnya korang berdiri tegak dan terdapat sedikit gerakan pada gps korang membuatkan ia dikira berjalan dan ia dikenali sebagai “drifting” itu, boleh dikurangkan untuk berlaku adil kepada semua orang-orang yang benar-benar berjalan untuk menetas telur.
Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dengan patch yang akan di keluarkan dan sama ada ya atau tidak Gen 2 Pokemon Go akan dikeluarkan tidak lama lagi. Dan yang lebih penting, sama ada orang akan kembali ke obsessif untuk bermain permainan realiti diperkukuhkan lagi atau tidak.
Sumber: SlashGear

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas