Connect with us

Oh! Media

PM Britain Letak Jawatan? Siapa Penggantinya? Klon Trump?!

Oh! Negara

PM Britain Letak Jawatan? Siapa Penggantinya? Klon Trump?!

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan akan meletakkan jawatannya pada 7 Jun ini selepas gagal memujuk ahli Parlimen untuk menyokong usul perjanjian Brexit. May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya. Menurut May, proses mengundi pemimpin baru dijangka bermula pada minggu seterusnya. Pemilihan calon dijangka berlangsung selama beberapa minggu.
Bekas Setiausaha Kementerian Luar Negeri Britain, Boris Johnson dilihat sebagai calon kegemaran Parti Konservatif untuk jawatan Perdana Menteri selepas Theresa May mengundurkan diri dari jawatan itu setelah secara umum mengesahkan akan bertanding untuk jawatan tertinggi negara itu. Johnson dikatakan mula berkempen untuk jawatan Perdana Menteri secara diam-diam selepas meletakkan jawatannya pada Julai tahun lalu.
Selain Johnson, turut mengumumkan bakal bertanding untuk jawatan itu adalah bekas diplomat Rory Stewart, bekas Menteri Kerja dan Pencen Esther McVey serta Menteri Luar Negeri, Jeremy Hunt. bekas Setiausaha Brexit, Dominic Raab didapati calon pilihan kedua Konservatif sebagai pemimpin parti berdasarkan survey yang dilakukan. Ia diikuti Menteri Alam Sekitar, Michael Gove dan Setiausaha Dalam Negeri, Sajid Javid yang masing-masing di tempat ketiga.
Anggota lain yang turut tersenarai adalah Stewart, Hunt, penyokong pro-Brexit Andrea Leadsom, Setiausaha Pertahanan Penny Mordaunt dan Menteri Kesihatan Matt Hancock. Wakaubagaimanapun, pemimpin baru parti itu dijangka diumumkan sekitar Julai ini.


Oh!Media: Rasanya, part warna rambut je sama, ala-ala rambut jagung, yang lain tak rasanya. Pendapat korang pula? Kongsikan pendapat korang diruangan Facebook, nanti kami baca, hahaha!

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas