Connect with us

Oh! Media

Melayu Semakin Berpecah – PM Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Oh! Negara

Melayu Semakin Berpecah – PM Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengajak semua parti politik Melayu untuk bersama-sama menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan ia termasuklah UMNO yang dilihat bertujuan bagi menguatkan kuasa politik Melayu sebagai kaum majoriti negari ini.

ADVERTISEMENT

Tun M berkata begitu ketika berucap di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu di Johor yang turut menegaskan bahawa penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

“Dahulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

“Bukan lagi majoriti 60 peratus, tetapi setiap parti hanya 10 peratus. Saya harap orang Melayu yang masih dalam UMNO kena ingat, kita perlu bersatu untuk berjuang apa pun,” katanya.

Sebagai pengajaran kepada Bersatu, Tun M turut menjadikan UMNO sebagai contoh untuk tidak diikuti kerana telah gagal mengekalkan kekuatan parti dan jauhkan dari sifat menyeleweng dan tidak berpegang kepada dasar perjuangan parti.

Dr Mahathir turut mengingatkan supaya jangan ada pihak menyekat sesiapa yang mahu menyertai Bersatu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas