Connect with us

Oh! Media

PLKN Sesi 2015 Ditangguhkan Untuk Jimat RM400 Juta

Pm im4u 1jpg

Umum

PLKN Sesi 2015 Ditangguhkan Untuk Jimat RM400 Juta

Perdana menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan penangguhan program Latihan Khimat Negara (PLKN) untuk sesi 2015 bagi menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM400 Juta.

“Dengan ini saya mengumumkan penangguhan program PLKN sebanyak RM400 juta, ia bagi membolehkan program tersebut dikaji dan disemak semula,” ujar Najib semasa membuat pembentangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tambah beliau lagi, dalam menghadapi kejatuhan nilai matawang Ringgut juga harga minyak dan program tersebut akan dikaji dan disemak semula.

IKLAN

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga memberi respon bahawa penangguhan program itu tidak akan menjejaskan perlaksanaan transformasi PLKN.

“Penangguhan PLKN selama setahun ini sama sekali tidak memberi kesan besar dan menjejaskan pelaksanaan program PLKN secara keseluruhannya pada masa akan datang.” jelas Hishamuddin.

OH! MEDIA: Kerajaan tahu apa yang terbaik untuk negara. Kan? Hurmm… Tapi kami kasihan pada mereka terutamanya pesara yang berkerja dengan PLKN. Terpaksalah mereka mencari cara lain untuk menampung kehidupan selepas ini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas