Connect with us

Oh! Media

Play-Doh TOUCH Menjadikan Ciptaan Tanah Liat Korang Hidup Di Alam Maya

Umum

Play-Doh TOUCH Menjadikan Ciptaan Tanah Liat Korang Hidup Di Alam Maya

Salah satu cara yang terbaik untuk merangsang kreativiti untuk kanak-kanak dan kami juga akuinya, bahkan orang-orang yang lebih tua juga sukakannya, datangnya daripada kekuatan tanah liat ternama yang lebih dikenali sebagai Play-Doh. Walaupun ia adalah salah satu mainan analog dan kanak-kanak pada hari ini lebih cenderung kepada permainan digital, ini membuatkan jenama tersebut untuk membesarkan kuasanya kepada dunia digital. Aplikasi Play-Doh TOUCH ini akan membawa kelainan pada pencinta tanah liat dimana ia boleh membawa ciptaan tanah liat kanak-kanak tersebut hidup melalui smartphone korang dan aplikasi itu sendiri.

Menggunakan aplikasi ini adalah cukup mudah. Hanya membuat ciptaan tanah liat korang sendiri menggunakan tanah liat Play-Doh. Letakkannya di atas permukaan putih adalah lebih baik untuk menangkap gambar. Menggunakan kamera smartphone korang, kemudian mengimbas ciptaan korang dengan applikasi Play-Doh TOUCH dan di depan mata korang, ia akan hidup dalam dunia digital. Aplikasi ini membawa pelbagai kreativiti untuk korang semua, ia akan membuatkan korang sentiasa mencipata, mengimbas, dan bermain di dalam dunia maya. Ia bukan sekadar untuk kanak-kanak malah untuk semua lapisan usia.

ADVERTISEMENT

Korang juga boleh menggunakan Play-Doh stampers dan korang akan terkejut mereka juga “hidup”. Sementara itu juga, Stampers juga akan membawa akan memberi kesan ke atas ciptaan lain dalam aplikasi. Terdapat juga dunia tambahan yang korang boleh terokai, seperti Water World, Cave World, Forest World, Desert World, Cloud World, dan lain-lain, tetapi sama ada korang perlu membuat pembelian di dalam aplikasi atau membeli Play-Doh TOUCH to Life Studio dengan stamper watak.

Korang boleh muat turun aplikasi Play-Doh TOUCH dari Google Play secara percuma. Walau bagaimanapun, ia adalah terhad kepada beberapa peranti Android buat masa ini seperti Samsung Galaxy S6, Galaxy Nota 5, HTC One M9, LG G4, Motorola Droid Turbo 2, Huawei Google Nexus 6P, dan Google Nexus 9. Dan mereka juga perlu berjalan di Android 5.0 Lollipop dan ke atas juga.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas