Connect with us

Oh! Media

Pihak Polis Panggil Penganjur Pertahankan Kedaulatan Islam

Oh! Negara

Pihak Polis Panggil Penganjur Pertahankan Kedaulatan Islam

Semalam telah berlangsung satu himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang dilaporkan telah dihadiri kira-kira 3,500 orang peserta.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, hari ini pihak polis telah memanggil pihak penganjur yang dikatakan telah dianjur di bawah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang diselia oleh UMNO dan PAS.


Setakat ini pihak polis belum menerima sebaran laporan terhadap individu yang berucap ketika perhimpunan, namun tetap akan memanggil penganjur bagi tujuan siasatan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah.

Himpunan bermula dengan peserta berkumpul di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, pada jam 2 petang sebelum berarak ke hadapan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, dan himpunan itu berakhir jam 3.30 petang akibat hujan lebat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas