Connect with us

Oh! Media

“Pihak Polis Buru Mereka Yang Rentas Negeri” – Ketua Polis Negara

Umum

“Pihak Polis Buru Mereka Yang Rentas Negeri” – Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan pihaknya memandang serius larangan rentas negeri yang tidak mendapat kebenaran polis bagi menyambut Aidilfitri. Jelasnya lagi, pihak polis dan ATM mungkin akan mengunjungi kediaman mereka yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti seperti yang dipetik dari Berita Harian.

ADVERTISEMENT

Ini merupakan salah satu langkah selain melakukan sekatan jalanraya bagi mengesan mereka melakukan rentas negeri tanpa kebenaran. Disamping itu, pihak polis juga akan memeriksa kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan untuk merentas negeri.

Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperingatkan bahawa mereka yang sudah terlepas ke kampung halaman untuk menyambut raya tidak semestinya akan terlepas untuk pulang ke kediaman masing-masing.




OHMEDIA: SIAP DATANG RUMAH LAGI. MEMANG KENALAH SIAPA YANG RENTAS NEGERI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pihak polis buru mereka yang rentas negeri di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas