Connect with us

Oh! Media

Pihak Kuil Mendesak Agar Mereka Yang Bersalah Didakwa

Kuiljpg

Umum

Pihak Kuil Mendesak Agar Mereka Yang Bersalah Didakwa

Pihak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ25, di sini, menggesa pihak berkuasa membawa pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kekecohan di kuil terbabit ke muka pengadilan.

Pengerusinya, SW Ramaji, berkata “Kami menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan membawa semua pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Pihak berkuasa bukan saja perlu menahan pelaku tetapi juga mencari dalang sebenar di sebalik kejadian ini.

“Mereka mesti dihukum kerana tindakan keganasan bukan saja meragut kehidupan seorang penjawat awam malah menjejaskan semangat perjuangan kita untuk mengekalkan kuil Seafields di lokasi kini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

IKLAN

Tambahnya lagi, keganasan bukan satu-satunya jalan penyelesaian kepada setiap masalah dan sesiapa yang terbabit dalam kejadian itu perlu disiasat serta dihukum dengan sewajarnya.

Pada 27 November lalu, Muhammad Adib parah selepas dibelasah perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran kenderaan di sekitar kuil berkenaan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas