Connect with us

Oh! Media

Modus Operandi Photographer Palsu Ajak Wanita Berniqab Berzina

Umum

Modus Operandi Photographer Palsu Ajak Wanita Berniqab Berzina

Dengan kemudahan medial sosial yang pesat membangun ketika ini, banyak yang menggunakannya untuk membaiki taraf hidup dengan berniaga dan sebagainya tapi tidak kurang juga dengan yang menggunakan kemudahan tersebut untuk menunaikan nafsu syaitan dalam diri. Ini termasuklah sanggup menyamar sebagai Photographer dan mempelawa para wanita terutamanya yang bertudung atau berniqab untuk mengambil gambar mengghairahkan dengan sedikit imbuhan wang dan seterusnya mengajak mangsa berzina.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah laporan yang diterima:

Assalamualaikum kepada team Oh! Media… Mohon siarkan cerita tentang Lelaki Gatal yang menyamar sebagai fotografer ini.

Nama yang digunakan adalah Azmn Shrfdn:
FB Beliau : https://www.facebook.com/azmn.shrfdn

Saya mendapat banyak laporan mengenai beliau melalui model2 dalam group fotografi saya.

Dah ramai gadis muda termasuk isteri orang telah cuba diganggu beliau. Modus operandinya adalah dengan mengajak mereka untuk mengambil gambar sebagai model dengan menawarkan sejumlah wang sebagai imbuhan.

Beliau akan minta mereka isi borang dan kemudiannya memujuk supaya mereka memberikan gambar2 lucah melalui mesej facebook. Akhir2 ini beliau mula mensasarkan wanita bertudung dengan memujuk mereka mengambil gambar selfie tanpa tudung dan tanpa pakaian dengan alasan nak tengok bentuk badan mereka sesuai atau tidak untuk jadi model.

Kali ini, beliau cuba mengumpan wanita yang berniqab pula. Malah lebih buruk kerana beliau sudah berani mengajak berzina pula. Mohon desak Polis membuat siasatan thadap pemilik akaun ini, kerana sudah ada beberapa laporan dibuat tapi dia masih bebas.

Sekian. terima Kasih.

Berikut adalah screenshot yang turut disertakan bersama di mana memaparkan pergaulan antara pelaku dan insan yang disangkanya mangsa dia yang seterusnya.

Ada kemungkinan akaun dan profile picture yang digunakan pelaku tersebut merupakan akaun palsu milik seseorang. Mustahil untuk pelaku hal sebegini ingin menggunakan gambar dan nama yang betul mendedahkan dirinya. Apapun siapa yang pernah dihampiri dan menerima pelawaan seperti ini, mohon untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa agar hal ini dapat disiasat.

Diharapkan para wanita di luar sana lebih berhati-hati dengan tawaran seperti ini yang akhirnya pasti akan menjerat diri anda semula. Maruah anda terlalu tinggi nilainya dan jangan sesekali di biarkan terhina dek golongan manusia seperti ini.

Perut Buncit? Tonton Video ini!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas