Connect with us

Petta Sebuah Filem Tribute Buat Rajinikanth – Ini 8 Sebab Kenapa Ia Filem Terbaik Tahun Ini

Umum

Petta Sebuah Filem Tribute Buat Rajinikanth – Ini 8 Sebab Kenapa Ia Filem Terbaik Tahun Ini

Masih belum terlambat rasanya untuk kami membuat review berkenaan filem Tamil terhebat tahun ini, Petta.

Meskipun sudah ditayangkan hampir dua minggu lalu, namun filem lakonan superstar Rajinikanth ini masih diserbu para peminat di Malaysia, setanding dengan filem antarabangsa lain seperti The Ipman Legacy dan juga Aquaman.

Buktinya lihat sahaja carta-carta pecah panggung di pawagam seluruh Malaysia. Yang menariknya, anda pasti merasakan suasana muhibbah yang jitu kerana penonton yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa. Memang unik.

Banyak lagi yang menarik sebenarnya yang kami mahu uar-uarkan, mengapa anda tidak harus ketinggalan menonton Petta.

Pendek kata amat rugi jika tidak menonton filem terakhir Rajinikanth ini. Sedih, kan?

1. Dalam masa 12 hari sahaja, Petta sudah pun mencecah kutipan box office di seluruh dunia. Khabarnya di India sahaja, ia sudah mengutip sehingga 70 juta Rupee bersamaan 40 juta Ringgit Malaysia.

2. Raikan kehebatan dan tahap legendary Rajinikanth. Semuanya lengkap, apa yang anda mahukan daripada Rajini; komedi, aksi mendebarkan, madah-madahnya dan paling penting stailnya yang ikonik. Ia seperti peringatan kepada dunia mengapa Rajini seorang bintang legenda!

Saat pertama melihat kelibat Rajini, pasti mengimbau kenangan filem-filem ketika beliau masih muda. Terasa seperti menonton filem Rajini ketika zaman 90-an kerana wajahnya yang sangat muda dalam Petta.

3. Dalam pada itu, Petta turut mengimbau kenangan dengan membuatkan korang seperti menonton kompilasi lakonan dan juga aksi Rajini daripada kesemua filemnya sebelum ini. Nak tahu bagaimana, kenalah menonton!

4. Filem arahan Karthik Subbaraj ini juga sebenarnya merupakan sebuah tribute buat Rajinikanth sendiri. Media antarabangsa pun memuji usaha dan hasil yang ditunjukkan oleh Karthik ini tau. Atas sebab ini saja anda tak harus lepaskan untuk menjengah Petta ya.

5. Babak berlawan dan juga aksi memang sangat banyak. Puas hatilah senang cakap. Salah satu babak bagaimana Rajini berlatih seni mempertahankan diri di depan api memang sangat wow!

6. Hashtag #Petta turut menjadi trending di laman sosial. Netizen tak henti-henti memuji dan turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah Karthik kerana mengangkat semula zaman kegemilangan Rajinikanth.

7. Durasi filem ini agak panjang iaitu 172 minit. Namun, rasanya anda tak perlu risau pun kerana terasa begitu sekejap sahaja dengan kemantapan lakonan, muzik dan setting dalam Petta.

8. Setting dalam filem ini sangat cantik yang menunjukkan keindahan Uttar Pradesh, Himachal Pradesh dan Tamil Nadu.

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha dan Bobby Simha.

Masih belum menonton? Jom apa kata ajak rakan-rakan mahupun pergi satu keluarga melihat Petta. Masih ditayangkan di hampir 130 pawagam seluruh negara, filem yang dibawakan oleh Malik Streams Corporation Sdn Bhd ini pasti memberi kepuasan maksimum kepada anda.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top