Connect with us

Oh! Media

Peti Sejuk LG Smart InstaView Membawa Korang Akses Dengan Lebih Bijak Untuk Dapur Korang

ohmedia lg smart instaview refrigerator 1jpg

Umum

Peti Sejuk LG Smart InstaView Membawa Korang Akses Dengan Lebih Bijak Untuk Dapur Korang

Ia adalah satu peralatan yang munkin paling banyak digunakan dalam rumah kita, peti sejuk. LG telah melancarkan satu peti sejuk yang paling innovatif setakat ini dikenali sebagai Peti Sejuk LG Smart InstaView. Apa yang menarik tentangnya adalah, selain daripada korang boleh menyimpan bahan makanan didalamnya, ia dikuasakan oleh OEM sendiri, platform pintar webOS dan ia juga menampilkan Khidmat Suara Alexa dari Amazon.

Peti sejuk jenis Door-In-Door ini mempunyai 29-inci paparan sentuh LCD dan ia seperti magik, apabila korang tekan pada skrin dua kali, ia akan menjadi telus dan memperlihatkan apa yang ada di dalam peti sejuk korang tanpa membukanya, ia mungkin salah satu cara untuk menjimatkan tenaga. Ia juga mempunyai menu Smart Tag supaya korang boleh letak pelekat dan tag pada skrin untuk menunjukkan apa yang korang simpan di dalam dan korang juga boleh meletakkan tarikh tamat tempoh bagi setiap item. Korang boleh meletakkan memo, tugasan senarai, peringatan, dan lain-lain. Korang juga boleh melihat apa yang ada dalam peti sejuk dari jauh melalui kamera yang menangkap sudut yang berbeza daripada apa yang di dalam melalui kamera panorama 2.0MP kanta super lebar.

Oleh kerana, peti sejuk itu menggunakan Khidmat Suara Alexa dari Amazon, korang mempunyai akses kepada 6000 lebih kemahiran yang pembantu digital boleh lakukan. Ia boleh mencari resepi, bermain muzik, membeli barang melalui Amazon.com termasuk barangan runcit, menambah item pada senarai membeli-belah, menjadualkan hari membeli-belah pada kalendar korang, memainkan video mengenai cara untuk membuat kek, dan lain-lain lagi. Selain itu juga, Korang boleh melakukan semua ini tanpa menggunakan tangan dan hanya menggunakan suara korang sahaja.

Jika korang berada dalam Las Vegas pada majlis Consumer Electric Show, Korang akan dapat melihat LG Smart InstaView sendiri dan meneroka apa yang ia boleh lakukan. Tiada berita lagi pada untuk harganya dan bila ia dikeluarkan, tetapi yang pasti, ia tidak akan datang dengan harga yang murah.

IKLAN

Sumber : LG

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas