Connect with us

Pesawat Trigana Yang Terhempas Bawa RM1.92 Juta

Umum

Pesawat Trigana Yang Terhempas Bawa RM1.92 Juta

Pesawat Trigana Air milik Indonesia yang telah terhempas pada Ahad lalu dilaporkan membawa wang tunai berjumlah 6.5 bilion Rupiah (RM1.92 Juta).

Menurut laporan Kompas.com wang itu adalah peruntukan kerajaan untuk diagihkan kepada penduduk miskin di kawasa Papua sebagai bayaran ganti rugi rekoran kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Empat pegawai pos yang ditugaskan untuk menghantar wang ganti rugi tersebut ke kawasan Pergunungan Bintang iaitu MN Aragae, Agustinus Luanmasse, Yustinus Huruluen dan Teguh Sane.

“Wang tersebut dibawa oleh empat pegawai pos Jayapura dan sepatutnya dibayar kepada penduduk miskin di lapan buah daerah di sana, hari ini,” katanya kepada wartawan di kem pencarian di Jayapura semalam.

Pesawat Trigana Air yang dalam penerbangan ke Oksibil, Papua terputus hubungan dengan menara kawalan selepas berlepas pada 2.22 petang telah terhempas di kawasan pergunungan Papua.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top