Connect with us

Oh! Media

Pesawat Malaysia Airlines MH17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

Umum

Pesawat Malaysia Airlines MH17 Dengan 295 Penumpang Terhempas

Pesawat MAS (MH17) yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada awalnya dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan di Malaysia sebelum dilaporkan telah terhempas di sebuah kawasan perkampungan di Ukraine. Pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu era Soviet yang dinamakan ‘BUK dan terhempas dari ketinggian 10,000 meter di ruang udara Ukraine.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini berlaku di kawasan konflik antara Kumpulan Pemisah (Pro Russia) dan Ukraine yang sedang bertelagah ketika ini. Ukraine menuduh Pro Russia tetapi ianya dinafikan. Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini. Tonton laporan berita Russia di tempat kejadian.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak memberikan kenyataan yang dia terkejut akan apa yang berlaku kepada pesawat MH ini dan akan menggerakkan siasatan segera.

I am shocked by reports that an MH plane crashed. We are launching an immediate investigation. – Najib

Footage Awal:

Menurut laporan AFP, tiada sebarang tanda terdapat penumpang #MH17 yang terselamat.

Serpihan MH17 yang dimuatnaik di Twitter.

Last positions of #MH17 directly from Flightradar24 database. Signal was lost around 13:21 UTC at 33,000 feet.

Melihat gambar ini, sangat heartbreaking 🙁

Salah seorang penumpang yang menaiki #MH17 menangkap gambar pesawat itu sebelum berlepas dan memuat naik gambar tersebut ke twitter 7 jam lepas dengan terjemahan kapsyen ,’kalau pesawat ini hilang, rupanya seperti ini.’ – Huffington Post

Melalui sidang media oleh Perdana Menteri jam 4:40 pagi (18 Julai 2014), Najib memaklumkan yang pesawat malang tersebut melalui laluan udara yang ditetapkan untuknya dan disahkan selamat oleh pihak berwajib. Najib juga memaklumkan yang Malaysia tidak akan berkompromi dalam mencari pihak bertanggungjawab.

Kemaskini:

Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17

KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez,” kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami,” kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan ‘burung jatuh’ (pesawat),” menurut posting berkenaan. – AFP

2014/07/18 – 02:26:35 AM
BERITA HARIAN


Developing……
Perkembangan penuh akan dikemaskini di sini dari semasa ke semasa. Anda juga boleh mengikuti Oh! Media di Twitter untuk maklumat terbaru yang lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas