Connect with us

Oh! Media

Pesawat AirAsia X Mendarat Cemas di Melbourne

Umum

Pesawat AirAsia X Mendarat Cemas di Melbourne

Sebuah pesawat AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur
melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas pesawat
dikatakan mengalami masalah teknikal.

ADVERTISEMENT

Jurucakap Perkhidmatan Udara Australia berkata, juruterbang pesawat
membuat keputusan untuk berpatah dan mendarat pesawat XAX223 sebagai
langkah berjaga-jaga.

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan dan Penerbangan Awam Australia, sistem navigasi dan paparan peta pesawat gagal berfungsi.

Juruterbang dikatakan berpatah dan mendarat di Melbourne disebabkan cuaca lebih mengizinkan berbanding ke Sydney.

Pesawat itu berlepas dari Sydney pada waktu tengahari itu dilaporkan telah selamat mendarat di Melbourne pada jam 2 petang waktu tempatan dan selepas 3 jam tertunda, pesawat itu meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang.

OHMEDIA: Satu demi satu berita buruk yang menimpa peawat AirAsia selepas kejadian pesawat QZ8501. Semoga baik-baik sahaja selepas ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas