Connect with us

Oh! Media

Pesawat Air Asia dari Surabaya ke Singapura Hilang

Umum

Pesawat Air Asia dari Surabaya ke Singapura Hilang

Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura
yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media
Indonesia.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi
Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau
Kalimantan.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia
menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus
hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di
ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa,
faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat
AirAsia itu.

Manakala perdana menteri Malaysia yang kini berada di pantai timur untuk melawat keadaan dan mangsa banjir di negeri yang terjejas teruk berkata ;

“Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

“Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media
selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi. – Datuk Seri Najib

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas