Connect with us

Oh! Media

Pertembungan Tun Mahathir dan Mufti Perlis Semakin Panas

Oh! Negara

Pertembungan Tun Mahathir dan Mufti Perlis Semakin Panas

Nampaknya pertembungan diantara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Abidin semakin panas apabila hubungan mereka yang dulu dilihat baik dan rapat kini menjadi sebalinya.

ADVERTISEMENT

Ini bermula apabila Mohd. Asri dilihat mula kecewa dengan kepimpinan PH yang dilihat gagal dalam mempertahankan Islam.

Mohd. Asri juga pernah secara terbuka menyifatkan PH bakal menjadi kerajaan sepenggal sekiranya mereka tidak berubah dan berupaya mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin terhakis.

Namun, Tun Mahathir membalas respon berkenaan sebagai mereka yang berkata begitu sebaai ‘pekak’ kerana tidak melihat usaha yang dilakukan PH untuk mempertahankan Islam.


Selepas dituduh sebagai ‘pekak’, Mufti Perlis tidak menggelabah apabila kembali mempersoalkan Pengerusi Pakatan Harapan itu, siapa sebenarnya yang pekak kerana apa yang beliau katakan adalah realiti yang disuarakan oleh lapisan masyarakat Islam di negara ini.

Cuba kita lihat sebentar apa realiti yang berlaku sekarang, kebimbangan oleh Mohd. Asri bahawa kerajaan PH gagal mempertahankan Islam itu ada asasnya kerana jika dilihat pelbagai kenyataan dibuat oleh pemimpin di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka tidak diambil sebarang tindakan.

Harap perkara ini dapat diambil dengan serius agar keharmonian yang dikecapi di negara ini tidak hancur sebegitu sahaja oleh kerana ada segelintir pihak yang cuba untuk merosakkannya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas