Connect with us

(Gambar) Perogol Diculik dari Penjara dan Dibelasah Orang Ramai Sehingga Mati

Umum

(Gambar) Perogol Diculik dari Penjara dan Dibelasah Orang Ramai Sehingga Mati

 

Sekumpulan perusuh bertindak ganas dengan memecah masuk ke dalam penjara di Dimapur, India bagi menculik seorang lelaki yang ditahan atas tuduhan merogol seorang pelajar.

Setelah diculik, perogol itu telah dibiarkan telanjang dan diheret hampir empat batu serta dipukul oleh orang ramai sehingga mati akibat mengalami kecederaan parah diseluruh badan.

Tindakan ganas itu adalah kerana lelaki berusia 35 tahun itu didakwa merogol berulang kali seorang pelajar kolej tempatan pada 24 Februari lalu dan perkara tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

Sebelum itu, satu perhimpunan bantahan besar-besaran dibuat terhadap perogol itu selepas pelajar dan orang ramai yang marah menuju ke penjara dan merempuh dua pintu pagar sehingga berjaya menarik keluar tertuduh.

Ketika rusuhan tersebut, beberapa orang ramai turut tercedera akibat terkena batu yang mereka lemparkan terhadap tertuduh.


OHMEDIA: Semoga kes ini menjadi iktibar kepada bakal perogol di India yang semakin hari semakin meningkat jumlahnya.

————————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista

Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top